Buang yang keruh ambil yang jernih,
Baru teguh peribadi.
Dahulu tak kenal, maka tak tau.
Kini sudah dijamah, baru tahu perbezaan pahit dan manis
Sebal, serik, sayu.
Begitu hati mengeluh.
Hampa, hina, hancur.
Begitu jasad menyusur.
Biar terus meniti hidup bersendiri
Kerana kedatangan dan kepulangan kita juga sendiri.
Tiada teman yang mengikut, hanya ilmu
Yang dapat menolong dan melindungi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment